Kakitangan Khazanah berganding bahu untuk satu tujuan mulia

Posted on Ogos 22, 2017

Semua kakitangan Khazanah Nasional akan mengorbankan masa dan tenaga dalam melaksanakan inisiatif pilihan masing-masing sempena Hari Hasanah akan datang.

Apabila Siti Nur Azlina Nor Azli mendengar mengenai Hari Hasanah, fikiran beliau terus tertumpu kepada aktiviti yang melibatkan haiwan.  Bersama-sama rakan sekerja, Zu Khairunnisa Zainurdin dan Saidatul Mardhiyah Ahmad Fawzi, yang turut berkongsi minat yang sama terhadap binatang, mereka bercadang untuk menyumbang tenaga sebagai sukarelawan di Zoo Negara. Ketiga-tiga gadis tersebut tidak sabar menunggu hari ketika mereka akan bertugas selama lapan jam untuk membersih sangkar dan memberi makan kepada haiwan di zoo tersebut.

Sementara itu, Amir Zakwan Anuar pula bercadang untuk mengajar anak-anak jirannya bermain muzik. Belia yang gemar bermain gitar telah lama menyimpan hasrat untuk berkongsi ilmu tentang cara bermain alat muzik kegemarannya dan merasakan bahawa Hari Hasanah adalah peluang yang terbaik untuk berbuat demikian.

Zul Hilmi Abd Wahab pula bercadang untuk untuk membersihkan musolla (surau) di kampung isterinya di Pasir Puteh bersempena Hari Raya Haji nanti. Menurut Zul Hilmi, sumbangan beliau ini adalah bertepatan dengan semangat hari perayaan tersebut yang menganjurkan umat Islam untuk berkorban.

Bagi kumpulan yang diketuai Nabiya Jasmine Anthony dan disertai oleh Dayana Rogayah Omar, Siti Safinah Salleh and Nurul Amni Mohd Amin, minat mereka pada buku telah memberi ilham kepada mereka untuk berkongsi minat yang sama dengan kanak-kanak di sekolah yang kurang berkemampuan dengan menderma bahan bacaan kepada sekolah-sekolah tersebut. Mereka akan berkerjasama dengan Teach for Malaysia (TFM), NGO yang disokong oleh Yayasan Hasanah, untuk mengenal pasti sekolah-sekolah yang memerlukan buku-buku selain berusaha untuk mendapatkan bahan bacaan yang sesuai terus daripada pengedar buku tempatan, Big Bad Wolf.

Untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh kakitangan Khazanah yang lain, sila klik di sini.