Memelihara Terumbu Karang melalui Pemuliharaan

Posted on Ogos 16, 2017

Malaysia memiliki banyak pulau yang cantik, terutamanya dibahagian Pantai Barat Kepulauan Borneo dan juga dibahagian Pantai Timur di Semenanjung Malaysia. Beberapa pulau ini menjadi destinasi percutian yang terkenal kerana memiliki pantai yang cantik, peluang untuk melakukan aktiviti menyelam dan snorkel memandangkan air lautnya yang sangat jernih dan terumbu karang yang berwarna-warni. Walaubagaimanapun, usaha untuk memelihara keindahan ini bagi mengekalkan kebersihan dan keasliannya memerlukan usaha dan kerjasama daripada pelbagai pihak.

Membesar dan tinggal di sekitar kawasan pinggir laut di Kota Kinabalu sejak usia kecil, Nadhirah Rifai senantiasa berasa ada pertalian antara dia dengan laut dan kehidupan marin. Melalui mengembaraan beliau di dalam laut, beliau sedar bahawa hidupan yang terdapat di bawah permukaan ini perlu dipelihara dan dilindungi.

Nadhirah merupakan Penolong Pengurus Program di Reef Check Malaysia (RCM). Didaftarkan pada tahun 2007, RCM ditubuhkan untuk berinteraksi dengan komuniti setempat di Semenanjung dan Kepulauan Mantanani, iaitu gugusan pulau kecil yang terdiri daripada tiga buah pulau yang terletak di luar Pantai Barat Laut Negeri Sabah, untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan terumbu karang dan jenis ancaman yang dihadapinya.

Untuk Hari Hasanah, Reef Check Malaysia akan mengumpulkan komuniti penyelam di Sabah dan membawa mereka ke Kepulauan Mantanani untuk melakukan aktiviti menanam karang (corals). Para sukarelawan daripada komuniti ini juga akan mengendalikan pembersihan di dalam air (underwater), sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan yang dilaksanakan oleh mereka.

Inisiatif RCM untuk mengurus terumbu karang secara lestari termasuklah melakukan tinjauan secara berkala untuk memantau kesihatan ekosistem di dalam air. Para Jurulatih dan penyelam Reef Check kerap menghadiri latihan untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan mereka dengan maklumat yang terkini . RCM juga sedang meninjau kaedah untuk menambahbaik pengurusan dan mengurangkan kesan daripada masyarakat setempat kepada terumbu karang.

“Ini merupakan peluang yang sangat berharga untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian ini dan bekerjasama dengan EcoDrivers serta rakan kongsi yang lain untuk menjaga terumbu karang yang terdapat di negara kita. Daripada menunggu hingga masalah timbul dan baru mencari penyelesaian, kami bercadang untuk terus terlibat dan menanganinya sejak awal lagi” jelas Nadhirah.