Menyokong Aktiviti Mampan bagi Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik

Posted on September 15, 2017

Menurut sebuah laporan 2014 oleh Institut Penyelidikan Khazanah, meskipun kadar kemiskinan keseluruhan Malaysia telah jatuh dengan beredarnya masa, negara masih menyaksikan 0.6% daripada populasi penduduknya tidak mampu memenuhi keperluan asas. Kumpulan rakyat Malaysia ini juga tidak mempunyai akses kepada kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air dan penjagaan perubatan.

“Pembasmian kemiskinan bukan sekadar usaha yang mulia; malah ia merupakan usaha yang dituntut daripada setiap daripada kita untuk memastikan setiap rakyat Malaysia dapat menikmati kehidupan yang adil dan saksama,” jelas Tan Sri Faizah Mohd Tahir, Pengerusi Yayasan Sejahtera.

Yayasan Sejahtera bertujuan membantu golongan miskin tegar berdasarkan Indeks Garis Kemiskinan (Poverty Line Index, PLI) dengan mengambil pendekatan holistik dan berpacukan komuniti ke arah mewujudkan impak yang mampan berlandaskan empat asas utama yang berikut:

  • Membantu keperluan makanan asas
  • Menyediakan khidmat komuniti asas
  • Membina/membaik pulih rumah
  • Menyokong kehidupan lestari

Bagi Hari Hasanah, Yayasan Sejahtera telah mengunjungi Pusat Jagaan Baitul Hidayah di Puchong, iaitu sebuah rumah untuk kanak-kanak berusia antara 7 – 15 tahun. Pusat ini memberikan galakan kepada anak-anak muda ini untuk berdikari, mempelajari kemahiran menyelesaikan masalah, dan pada masa yang sama menyeimbangkan pembangunan emosi dan mental mereka.

Aktiviti-aktiviti mampan memastikan tempat ini diberikan perhatian wajar, sambil membenarkan kanak-kanak membangunkan pelbagai kemahiran hidup yang penting. Ini termasuklah menjual pokok melalui tapak semaian dan juga sayur-sayuran yang ditanam di kebun, di samping menyediakan pastri segar kepada komuniti daripada bakeri yang baru dibina.

Untuk menyokong usaha-usaha kemampanan Pusat Jagaan Baitul Hidayah ini, Yayasan sejahtera memberi rumah ini barang-barang keperluan seperti burung puyuh, tauge dan pam air fertigasi untuk aktiviti pertanian mereka, tin pembakar dan pengadun kek untuk bakeri mereka. Petang hari itu juga dihabiskan dengan usaha menghayati aktiviti yang melibatkan kanak-kanak di rumah itu.

“Sejajar dengan projek kami untuk menghapuskan kemiskinan dan memperbaik kehidupan komuniti rentan di Malaysia, kami berhasrat untuk membantu golongan kurang bernasib baik yang berusaha untuk mencipta perubahan, meskipun sejak usia yang sebegitu muda”, kata Suheilah Abu Bakar, Ketua Pegawai Operasi, Yayasan Sejahtera.