Semangat Menderma untuk Membantu Golongan yang Memerlukan

Posted on September 13, 2017

Kegembiraan pada hakikatnya bermaksud berkongsi apa yang kita miliki dan memperlihatkan keprihatinan kepada orang lain.

Di sesetengah kawasan di negara kita, tidak semua orang mempunyai akses kepada kemudahan asas. Justeru, pelajar SK Pekan Nanas di Johor mahu melaksanakan tanggungjawab mereka dan menghulurkan bantuan yang bermakna kepada komuniti.

Bagi inisiatif Hari Hasanah mereka, 10 pelajar bersama-sama dengan ibu bapa mereka mengumpulkan item-item barangan untuk keluarga yang memerlukan. Makanan dalam tin dan keperluan isi rumah asas seperti bahan cuci dan bekalan alat-alat mandi dibungkuskan sebelum mengunjungi komuniti yang tinggal di kawasan sekitar sekolah.

Amal kebaikan ini ternyata memberi manfaat kepada sejumlah 16 keluarga dan semua keluarga ini akan dapat menggunakan item-item barangan ini sekurang-kurangnya selama sebulan atau dua bulan.

“Kami menggalakkan pelajar kami untuk melakukan amal kebaikan pada setiap hari. Melalui sokongan guru-guru, kakitangan dan ibu bapa, kami menetapkan matlamat untuk mewujudkan sebuah persekitaran bagi para pelajar memupuk minat jangka panjang dalam rasa kasih dan prihatinan terhadap golongan yang kurang bernasib baik,” kata Encik ahmad Firdaus, guru besar SK Pekan Nanas.

Lanjutan inisiatif ini, Encik Ahmad Firdaus berharap agar lebih banyak aktiviti yang sama seperti ini dapat dianjurkan. Demikian juga dengan ‘pasar percuma’ yang dilaksanakan pada Hari Raya lepas, yang dibuka oleh mereka kepada beberapa keluarga memerlukan yang terpilih.