Berikut merupakan sebahagian daripada inisiatif-inisiatif yang kami telah laksanakan untuk Hari Hasanah 2017.


Kawal Kewangan anda dengan AKPK

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan menyediakan khidmat nasihat dan bengkel kewangan secara percuma kepada penduduk di komuniti terpilih di Kuala Lumpur pada Hari Hasanah. Bengkel ini menyediakan khidmat nasihat bagi membantu meningkatkan skor kredit individu dan panduan tentang cara mengawal kewangan peribadi.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Ilmu

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Tentang Organisasi

Bengkel Tarian kepada Kanak-kanak daripada Yayasan Chow Kit

Kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit akan mendapat pengalaman baharu bersama Alma Flamenca apabila mereka mempelajari gerakan asas tarian. Pada akhir bengkel, kanak-kanak akan menunjukkan kemahiran mereka dengan menari bersama secara serentak.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Seni, Warisan dan Budaya

Alma Flamenca

Tentang Organisasi

Eksperimen Sains untuk Kanak-kanak

ASTI akan menjalankan suatu eksperimen amali yang menarik dan bersifat pendidikan bersama kanak-kanak untuk memperkenalkan mereka kepada konsep sains yang mudah.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Pendidikan

Association of Science, Technology and Innovation (ASTI)

Tentang Organisasi

Hari Penuh Dengan Pelbagai Aktiviti Untuk Seluruh Keluarga

Axiata Foundation akan menganjurkan program yang menarik untuk pengunjung, termasuk bengkel ‘coding’, pertunjukan Delta Kites, dan pelbagai aktiviti yang lain.

Kategori: Pendidikan

Axiata Foundation

Tentang Organisasi

Bengkel Pencetakan Layar dan Menjahit

Satu bengkel pencetakan layar (screen printing) dan menjahit akan diadakan bagi membolehkan para peserta mempelajari teknik mudah untuk mencetak layar dan menjahit kraftangan mereka sendiri.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Bogus Merchandise

Tentang Organisasi

Kelas Tuisyen Percuma Bagi Pelajar Tingkatan 3 dan 5

Celcom akan mengendalikan kelas tuisyen percuma untuk pelajar tingkata 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program CSR Celcom dengan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) untuk menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti kepada pelajar yang memerlukan.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Pendidikan

Celcom

Tentang Organisasi

Uji Pengetahuan Anda dan Pelihara Masa Depan Alam Sekitar Kita

Uji pengetahuan anda dalam kitar semula dengan kuiz Cenviro. Orang ramai digalakkan untuk mencuba dan mengetahui peranan mereka untuk menyelamatkan alam sekitar secara bersama-sama.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Alam Sekitar

Cenviro

Tentang Organisasi

Gotong-royong di Tadika Lindungan

Sukarelawan daripada Child Information, Learning and Development Centre (CHILD) akan melakukan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan tadika pada 30 Ogos.

Lokasi: Selangor

Kategori: Komuniti

Child Information, Learning and Development Centre (CHILD)

Tentang Organisasi

Bengkel Buku Komik untuk Kanak-Kanak dan Dewasa

Sebuah bengkel akan diadakan bagi kanak-kanak dan orang dewasa mempelajari teknik-teknik melukis komik mereka sendiri.

Belajar cara merekabentuk dan melukis watak komik anda sendiri.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Ilmu

Chong Chin Yew

Tentang Organisasi

Gunting Rambut Percuma oleh Tukang Gunting Masyarakat Pelarian dan Orang Asli yang Terlatih

Khidmat gunting rambut secara percuma akan disediakan untuk penduduk di komuniti terpilih di Kuala Lumpur oleh tukang gunting yang terdiri daripada masyarakat pelarian dan orang asli yang terlatih di bawah program ‘Cut x Dignity’.

Program memperkasakan belia melalui pendidikan untuk merebut peluang yang ada disekeliling mereka sekali gus menentukan masa depan kehidupan mereka.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Cut x Dignity

Tentang Organisasi

Kehidupan Lestari untuk Masa Depan yang Gemilang

Ecocentric Transitions akan memulihara kawasan kebun berpagar di sekitar komuniti terpilih di Kuala Lumpur yang telah dipenuhi dengan semak.

Bagi mendidik penduduk tentang kesan kepada alam sekitar, suatu bengkel tentang berkebun dalam bandar akan diadakan bagi mendidik orang ramai tentang kepentingan menjaga kelestarian alam.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Alam Sekitar

Ecocentric Transitions

Tentang Organisasi

Bengkel Muzik/Perkusi kepada Kanak-kanak daripada Yayasan Chow Kit

Kanak-kanak daripada Yayasan Chow Kit akan meraih pengalaman terbaik dalam bengkel muzik/perkusi (percussion) yang akan dikendalikan oleh Edwin Nathanial. Mereka akan diajar mengenai asas irama dan cara bermain muzik secara harmoni.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Seni, Warisan dan Budaya

Edwin Nathanial

Tentang Organisasi

Ruang Kosong untuk Bengkel

Freeform akan menyediakan ruang untuk Think City menjalankan bengkel pada Hari Hasanah. Bengkel tersebut akan dijalankan di bangunan Urbanscapes.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Seni, Warisan dan Budaya

Freeform

Tentang Organisasi

Kelas Membuat Kuih Warisan

Satu kelas membuat kuih secara percuma akan diadakan bagi membolehkan para peserta mempelajari teknik-teknik asas untuk membuat kuih warisan tradisional.

Untuk menjadikan acara ini lebih menarik, pertandingan memasak karipap akan dianjurkan yang mana para peserta boleh mempamerkan kemahiran mereka dan menangi gelaran sebagai pembuat karipap terbaik.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Seni, Warisan dan Budaya

FriedChillies Media

Tentang Organisasi

Sesi Solekan Kesan Khas dan Melukis Wajah

Sebuah kumpulan yang pakar dalam melukis badan dan mendandan solekan kesan khas (special effects makeup) akan menawarkan khidmat melukis secara percuma kepada kanak-kanak untuk mengekspresikan diri masing-masing dengan cara yang paling kreatif.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Seni, Warisan dan Budaya

Fx. Cat

Tentang Organisasi

Keseronokan Bermain Permainan Gergasi

Giant Board Games akan menyediakan beberapa permainan papan gergasi untuk orang ramai, seperti ular dan tangga (snake and ladder) dan permainan lidi gergasi (pick up sticks). Pengunjung boleh bermain permainan yang menyeronokkan ini bersama rakan dan keluarga masing-masing.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Giant Board Games

Tentang Organisasi

Program Sungai Angkat

Global Environment Centre dan rakan kerjasama seperti Maybank dan masyarakat di Kg Kasipillay akan mengambil Sungai Batu sebagai sungai angkat. Program sungai angkat seperti ini akan mewujudkan rasa tanggungjawab kerana masyarakat akan belajar tentang cara menjaga sungai supaya ianya bersih dan indah.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Alam Sekitar

Global Environment Centre

Tentang Organisasi

Bengkel Berkebun kepada Kanak-kanak daripada Yayasan Chow Kit

Pasukan dari Ground Control akan mengadakan bengkel berkebun secara hands-on. Kanak-kanak akan mempelajari kemahiran baharu seperti menanam tumbuhan dalam pasu menggunakan bahan kitar semula.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Alam Sekitar

Ground Control

Tentang Organisasi

Memasak bersama Ili Sulaiman

Ili Sulaiman akan memberikan demonstrasi masakan secara percuma pada Hari Hasanah. Ketahui rahsia masakan daripada hos rancangan makanan Asian Food Channel yang mana anda boleh mencubanya di rumah untuk menjamu keluarga dan rakan-rakan anda.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Ili Sulaiman

Tentang Organisasi

Bengkel Kelas Menjahit dan Membuat ‘Pattern’

Satu bengkel menjahit dan membuat reka bentuk corak akan diadakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak .

Pelajari kemahiran menjahit yang mudah dan bagaimana untuk melukis reka bentuk corak bagi kraftangan tersendiri.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Ilmu

Jelujur

Tentang Organisasi

Sertai Kelas Zumba Percuma bersama Kak Ferry

Kak Ferry akan menyediakan kelas Zumba secara percuma kepada mereka yang berminat untuk menyertainya. Gerakkan badan anda dengan sesi yang senaman lincah ini sekaligus dapat membanti tingkatkan tahap kesihatan anda.

Zumba merupakan program kecergasan melalui tarian rancak yang dicipta oleh seorang penari dan jurufoto dari Colombia.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Kak Ferry (Zumba)

Tentang Organisasi

Foto Tradisional yang di ambil dengan Kamera Bahan ‘Buangan’

Peserta akan dapat menikmati pengalaman mengambil gambar daripada kamera bahan buangan yang diselamatkan (salvaged materials).

Gambar yang diambil daripada kamera bahan yang diselamatkan pastinya akan menghasilkan gambar unik, tidak seperti gambar yang dihasilkan oleh pada kamera digital.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Seni, Warisan dan Budaya

Kanta Box Kamra

Tentang Organisasi

Menjaga Kesihatan Mental Anda

Pelajar Sarjana daripada Persatuan Kesihatan Mental Malaysia akan menyediakan khidmat rundingan secara percuma kepada penduduk di komuniti terpilih di Kuala Lumpur yang memerlukan bimbingan dan nasihat atau memerlukan seorang untuk mendengar luahan hati mereka. Orang ramai dijemput untuk turut serta dalam sesi ceramah dan kaunseling untuk menghentikan stigma yang dikaitkan dengan kesihatan mental.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Kesedaran Kesihatan Mental

Tentang Organisasi

Sesi Bersama Masyarakat di Kampung Tampasak

Seramai kira-kira 20 sukarelawan dari LEAP Spiral, rakan LEAP di Kota Kinabalu dan Penampang akan melawat ke Kampung Tampasak, sebuah penempatan baharu bagi penduduk yang dipindahkan daripada kawasan asal yang akan dibina Empangan Babagon.

Bagi membantu masyarakat di sini, peserta akan menanam anak pokok di pusat pembelajaran masyarakat. Di samping itu, acara jamuan makan akan dianjurkan yang mana sukarelawan dan penduduk boleh berkongsi cerita tentang melindungi kawasan air dan empangan.

 

Lokasi: Sabah

Kategori: Alam Sekitar

LEAP Spiral

Tentang Organisasi

Kreatif Bersama Bengkel Teater

Main Wayang berhasrat untuk mencungkil bakat kreativiti para penduduk komuniti terpilih di Kuala Lumpur dengan mendedahkan mereka kepada pelbagai elemen dalam teater. Para penduduk dan orang ramai akan mempelajari beberapa elemen berbeza seperti seni boneka 3D dan animasi. Bengkel teater juga akan turut dianjurkan untuk memeriahkan aktiviti pada hari tersebut.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Seni, Warisan dan Budaya

Main Wayang

Tentang Organisasi

Mengembalikan Kegemilangan Permainan Sepanjang Zaman

Mainan Rakyat akan menyediakan permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban untuk orang ramai. Kembali ke zaman kanak-kanak anda dengan bermain mainan tradisional ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Seni, Warisan dan Budaya

Mainan Rakyat

Tentang Organisasi

Menyokong Pencegahan Gangguan Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak

Bersama-sama dengan penyedia perkhidmatan dan anggota gabungan seperti Child Helpline Malaysia, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia akan menawarkan perkhidmatan dalam talian bagi khidmat nasihat tentang pencegahan gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Perkhidmatan terpilih seperti nasihat kesihatan dan kesejahteraan untuk keluarga, wanita dan remaja juga akan disediakan.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Ilmu

Majlis Kebajikan Kanak Kanak Malaysia

Tentang Organisasi

Hari Terbuka Bersama Kanak-kanak Cacat Pendengaran

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia akan menganjurkan hari terbuka untuk pelajar-pelajar Sekolah Kiu, Kg Pandan.

Pelbagai aktiviti menarik seperti melukis mural, permainan dan sesi membaca akan menjadi sebahagian daripada acara pada hari terbuka tersebut.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Majlis Kebajikan Kanak Kanak Malaysia

Tentang Organisasi

Ketahui Bagaimana untuk Menjadi Juruterbang atau Kru Kabin

Juruterbang dan Kru Kabin Malaysia Airlines akan menyampaikan ceramah kerjaya dalam bidang penerbangan. Anda juga boleh menyertai aktiviti lain seperti kelas tutorial solekan dan reruai foto.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Ilmu

Malaysia Airlines Berhad

Tentang Organisasi

Pembersihan Pantai Sejauh 3km di Sepanjang Teluk Likas

MELAPI bersama-sama Good Shepherd Services akan mengadakan aktiviti pembersihan pantai sejauh 3km di sepanjang Teluk Likas yang terletak di sepanjang pinggiran pantai Kota Kinabalu.

Bekerjasama dengan belia bandar daripada rangkaian institusi pendidikan tinggi MELAPI, inisiatif ini bertujuan menyediakan kawasan yang bersih untuk aktiviti-aktiviti pantai kepada masyarakat tempatan dan orang ramai.

Lokasi: Sabah

Kategori: Alam Sekitar

MELAPI

Tentang Organisasi

Pelajari Tentang Kepelbagaian Budaya Menerusi Muzik

Melody Entertainment akan menganjurkan Persembahan Guzheng untuk mendedahkan warga Malaysia kepada keindahan iramanya.

Guzheng, ialah sebuah alat muzik bertali yang berasal dari negara China dan memiliki sejarah lebih 2,500 tahun.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Seni, Warisan dan Budaya

Melody Entertainment

Tentang Organisasi

Pemeriksaan Kesihatan Percuma Kepada yang Memerlukan

MERCY Malaysia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada orang ramai untuk memastikan kesejahteraan umum semua.

Orang ramai dialu-alukan untuk berunding dengan kakitangan perubatan untuk menegenali sebarang penyakit. Orang ramai juga boleh membuat pertanyaan perubatan yang berkaitan dengan mereka.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Mercy Malaysia

Tentang Organisasi

Nikmati Persembahan Seniman Jalanan Semasa Melakukan Kerja Amal

Merdekarya akan menyediakan hiburan seniman jalanan sepanjang hari bagi menghiburkan orang ramai yang berkunjung. Menampilkan artis dan seniman tempatan, para pendengar berpeluang menikmati perkembangan dunia muzik tempatan dan bagaimana para belia menghidupkan seni budaya.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Seni, Warisan dan Budaya

Merdekarya

Tentang Organisasi

Menghijaukan Bumi dengan Lawatan ke Tapak Semaian

Sukarelawan akan melawat ke Tapak Semaian Free Tree Society Kuala Lumpur dan akan meluangkan masa dan usaha mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti membiakkan pokok baharu, berkebun dan kerja landskap.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Alam Sekitar

My Performing Arts Agency (MYPAA)

Tentang Organisasi

Demonstrasi Menggoreng Muruku

Pelajar daripada De’ Divine Café di Brickfields akan mengadakan demonstrasi menggoreng muruku untuk orang ramai.

De’ Devine Café adalah usaha niaga sosial oleh Yayasan MySkills yang diwujudkan untuk melatih belia yang kurang bernasib baik dan pelajar tercicir. 100% daripada keuntungan yang diperoleh akan digunakan semula untuk membantu golongan belia.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

MySkills Foundation

Tentang Organisasi

Menyediakan Kemudahan Elektrik untuk Golongan Kurang Bernasib Baik

Pelajar MySkills dengan bimbingan daripada pendawai (wireman) yang berlesen akan melakukan pendawaian elektrik di rumah salah seorang daripada rakan pelajar yang telah terputus bekalan elektrik sejak lima tahun lepas.

Lokasi: Kedah

Kategori: Pendidikan

MySkills Foundation

Tentang Organisasi

Bengkel Kraftangan Menggunakan Barangan Kitar Semula

Satu bengkel kraftangan menggunakan barangan kitar semula akan diadakan bagi membolehkan peserta mempelajari bagaimana untuk menggunakan semula barangan yang sedia ada di rumah mereka untuk dijadikan hasil kraf yang unik dan berguna. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan penggunaan semula barangan dan mungkin dapat mengurangkan barang buangan.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Ilmu

NASHPOTATOES

Tentang Organisasi

Sesi Animasi Interaktif bagi Kanak-kanak

Satu sesi animasi interaktif akan dijalankan bagi membolehkan kanak-kanak merasai pengalaman dan belajar bagaimana animasi dibuat di studio.

Kanak-kanak juga akan berpeluang merakamkan suara masing-masing yang mana selepas itu animator Netcarbon akan memindahkannya menjadi sebuah animasi.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Pendidikan

Netcarbon

Tentang Organisasi

Mengutamakan Persekitaran bersifat Kekeluargaan bagi Pertumbuhan Kanak-kanak

OrphanCARE akan memberikan khidmat nasihat kepada ibu bapa angkat yang berpotensi tentang cara pengambilan anak angkat dan penyatuan semula kanak-kanak kepada keluarga masing-masing.

Untuk menekankan betapa pentingnya kanak-kanak ini dibesarkan dalam persekitaran bersifat kekeluargaan, pelawat boleh meninggalkan pesanan dan harapan mereka kepada kanak-kanak ini pada dinding gambar.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

OrphanCARE Foundation

Tentang Organisasi

Penyenggaran Basikal Percuma

Orang ramai akan belajar tentang bagaimana untuk menjaga dan memelihara basikal mereka dengan baik melibatkan roda, bingkai basikal dan rantai melalui sesi penyenggaraan basikal secara percuma.

Ceramah tentang mobiliti hijau juga akan diadakan untuk menggalakkan orang ramai bergerak di sekitar bandar dengan kaedah yang lebih mesra alam.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Pedal Malaya

Tentang Organisasi

Periksa Kesihatan Anda untuk Kualiti Hidup yang Baik

Kakitangan dari Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa akan menyediakan pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan saringan kanser untuk orang ramai. Di samping itu, pemeriksaan kesihatan asas, pemantauan tekanan darah dan pemeriksaan BMI juga akan disediakan untuk mereka yang memerlukan.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa

Tentang Organisasi

Sokongan kepada Usahawan Tempatan

Nikmati nasi lemak dan bihun yang dijual oleh para Pemilik Gerai Sg Bunos. Penduduk di komuniti terpilih di Kuala Lumpur dan orang ramai boleh membantu para usahawan kecil tempatan dengan memberi sokongan dalam usaha mereka mencari rezeki.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Pemilik Gerai Sg Bunos

Tentang Organisasi

Sudut Puisi dan Bengkel Membuat Majalah Mini

Pencetakan Langit akan menyediakan satu sudut puisi yang mana orang ramai boleh mendeklamasi puisi untuk hiburan orang ramai.

Suatu bengkel membuat zine (majalah mini) juga akan diadakan bagi mendidik orang ramai tentang cara membuat majalah mini mereka sendiri

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Ilmu

Pencetakan Langit

Tentang Organisasi

Hari Kreatif Bersama Kanak-kanak

Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun (PKKTB) akan meluangkan masa sepanjang hari bersama dengan 66 orang kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 17 tahun. Kanak-kanak ini datang daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk anak-anak yatim dan juga orang yang kurang bernasib baik dan miskin (asnaf).

Aktiviti yang telah dirancang pada hari itu termasuk aktiviti melukis dan mewarna serta seni kreatif serta projek kraf. Seorang guru seni akan membimbing dan membantu kanak-kanak tersebut.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Seni, Warisan dan Budaya

Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun (PKKTB)

Tentang Organisasi

Membersihkan Pulau Mantanani

Reef Check Malaysia (RCM) menjalankan program pendidikan, kesedaran dan program pemulihan terumbu karang.

Selari dengan usaha ini, RCM akan bekerjasama dengan penduduk kampung di pulau Mantanani di Sabah, untuk membersihkan pantai dan dalam laut sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan mereka.

Lokasi: Sabah

Kategori: Alam Sekitar

Reef Check Malaysia (RCM)

Tentang Organisasi

Bengkel Ikat Celup (Tie dye) untuk Kanak-kanak dan Golongan Dewasa

Golongan kanak-kanak dan dewasa akan dapat belajar tentang teknik celupan kreatif yang kini membuat kemunculan semula. Mereka akan membuat ikat celup mereka sendiri secara tradisional dengan cara pintalan dan ikatan bahan yang ingin digunakan.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Rico Leong

Tentang Organisasi

Pemeriksaan Mata Percuma

Rotary Club akan menyediakan pemeriksaan mata percuma kepada orang awam untuk menggalakkan penjagaan mata dan mempromosi kepentingan mata yang sihat.

Sepanjang Hari Hasanah, Kelab Rotary juga akan memberikan nasihat dan bimbingan untuk penjagaan mata dengan lebih baik.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Rotary Club

Tentang Organisasi

Mengagihkan Anak Benih Kepada Komuniti

Sahabat Alam Malaysia (SAM) akan mengagihkan anak benih tumbuhan herba kepada penduduk di kawasan Island Glade.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, SAM akan mendidik penduduk mengenai cara untuk menjaga tanaman tersebut.

Location: Pulau Pinang

Kategori: Alam Sekitar

Sahabat Alam Malaysia (SAM)

Tentang Organisasi

Bengkel Senireka Kanak-Kanak

Satu bengkel senireka percuma untuk kanak-kanak akan dijalankan bagi membolehkan kanak-kanak ini mengekspresikan diri mereka melalui lukisan dan warna.

Ini akan memupuk kebolehkan kanak-kanak tersebut untuk belajar secara bereksperimen melalui permainan.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Seni, Warisan dan Budaya

Sharina Shahrin

Tentang Organisasi

Nikmati Persembahan Bharatanayam yang Mengasyikkan

Sheela Dance School akan mempersembahkan tarian Bharatanayam untuk menghiburkan para pengunjung semasa melakukan kerja amal.

Berasal dari Tamil Nadu, Bharatanayam adalah antara tarian klasik India yang paling popular dan masih dipersembahkan hingga ke hari ini.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Seni, Warisan dan Budaya

Sheela Dance School

Tentang Organisasi

Kutipan Amal oleh SJKC Yu Ming 2

SJKC Yu Ming 2 dan Yayasan AMIR akan menganjurkan kutipan amal (donation drive) untuk mengumpulkan barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik daripada masyarakat.

Barangan ini kemudiannya akan diagihkan kepada para pelajar yang kurang bernasib baik.

Lokasi: Johor

Kategori: Pendidikan

SJKC Yu Ming 2

Tentang Organisasi

Membaik Pulih dan Membersihkan kawasan sekitar bersama SJKT Vivekananda

SJKT Vivekananda dan Yayasan AMIR akan melakukan aktiviti untuk mengecat semula ‘Bilik Khas Reka Bentuk Teknologi’, bilik mesyuarat dan stor sukan.

Selain itu, para peserta daripada sekolah ini juga merancang untuk membersihkan kawasan Dewan Karpaga Vinayagam, Brickfields.

Lokasi: Selangor

Kategori: Pendidikan

SJKT Vivekananda

Tentang Organisasi

Berkongsi Hari Keceriaan dan Kegembiraan Bersama Warga Emas dan Mereka yang Memerlukan Anjuran SK Bumiputera

SK Bumiputera dan Yayasan AMIR akan menganjurkan hari keraian untuk meraikan warga emas.

Pihak sekolah akan menganjurkan pertunjukan seperti tarian dan nyanyian buat tontonan warga emas, keluarga mereka dan anak-anak yatim .

Acara korban dan pengagihan daging korban juga akan dilakukan pada hari tersebut.

Lokasi: Sarawak

Kategori: Komuniti

SK Bumiputera

Tentang Organisasi

Membantu Pelajar yang Memerlukan Bersama SK Combined

SK Combined dan Yayasan AMIR akan menyertai Program Jalinan Kasih dengan menganjurkan lawatan ke rumah pelajar yang memerlukan bantuan. Mereka akan menyampaikan bantuan keperluan harian serta meluangkan masa membantu dalam melaksanakan kerja-kerja rumah. Semoga program ini dapat membantu para pelajar dan keluarga masing-masing untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Lokasi: Sarawak

Kategori: Komuniti

SK Combined

Tentang Organisasi

Menganjurkan aktiviti korban bersama SMK Pulau Indah

SMK Pulau Indah, SK Pulau Indah dan Yayasan AMIR akan menganjurkan aktiviti korban untuk komuniti di sini. Dua guru dan 15 pelajar akan terlibat mengagihkan daging korban kepada penduduk di Kampung Sungai Kembong.

Lokasi: Selangor

Kategori: Komuniti

SK dan SMK Pulau Indah

Tentang Organisasi

Sumbangan Amal Bersama SK Empila

Seiring dengan semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, SK Empila dan Yayasan AMIR akan menganjurkan sebuah Program Amal. Program tersebut melibatkan lawatan ke rumah anak yatim dan warga emas setempat untuk membantu mereka melakukan kerja rumah.

Lokasi: Sarawak

Kategori: Komuniti

SK Empila

Tentang Organisasi

Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan oleh SK Gemang

SK Gemang dan Yayasan AMIR akan menganjurkan aktiviti amal membersih tanah perkuburan Islam yang berhampiran.

Inisiatif ini akan menyaksikan para pelajar, guru dan masyarakat sama-sama berganding bahu membersihkan kawasan persekitaran tanah perkuburan.

Lokasi: Kelantan

Kategori: Pendidikan

SK Gemang

Tentang Organisasi

Sesi Gotong-royong Bersama SK Jeram Batu

SK Jeram Batu akan bekerjasama dengan Yayasan AMIR untuk menganjurkan gotong-royong bagi membersihkan kawasan di dalam dan luar masjid yang berhampiran.

Gotong-royong ini bertujuan menyediakan persekitaran yang bersih dan selesa kepada pengunjung masjid.

Lokasi: Johor

Kategori: Pendidikan

SK Jeram Batu

Tentang Organisasi

Hari Bersama Anak Yatim

SK Kempadang dan Yayasan AMIR akan melakukan lawatan ke rumah anak yatim setempat pada Hari Hasanah.

Para peserta akan mengadakan sesi bercerita dan persembahan tarian tradisional oleh pelajar Pendidikan Khas bagi menhiburkan anak-anak yatim tersebut.

Lokasi: Pahang

Kategori: Komuniti

SK Kempadang

Tentang Organisasi

Jualan Amal bersama SK Kimanis

SK Kimanis dan Yayasan AMIR akan menganjurkan bazar amal yang menjual barangan terpakai yang didermakan .

Hasil daripada jualan amal tersebut akan digunakan untuk membeli bangku yang akan dipasang di sekitar kawasan sekolah untuk menyediakan tempat duduk kepada para ibu bapa dan pelajar semasa menghadiri aktiviti sekolah.

Lokasi: Sabah

Kategori: Komuniti

SK Kimanis

Tentang Organisasi

Sehari Bersama Orang Asli di Sungai Pergam, Kemaman

Kira-kira 45 pelajar dan 10 guru daripada SK Paka III dan Yayasan AMIR akan melakukan lawatan ke tempat tinggal orang asli di Sungai Pergam, Kemaman.

Tujuan lawatan adalah untuk membolehkan peserta memperkukuhkan hubungan dengan penduduk kampung dan memahami cara hidup masyarakat orang asli dengan lebih baik.

Lokasi: Terengganu

Kategori: Komuniti

SK Paka III

Tentang Organisasi

Kutipan Amal oleh SK Pekan Nanas

SK Pekan Nanas dan Yayasan AMIR akan menganjurkan kutipan amal (donation drive) untuk mengumpulkan barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik daripada masyarakat.

Barangan ini kemudiannya akan diagihkan kepada para pelajar yang kurang bernasib baik.

Lokasi: Johor

Kategori: Pendidikan

SK Pekan Nanas

Tentang Organisasi

Gotong-royong Bersama SK St. Michael

SK St. Michael dan Yayasan AMIR akan menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan di dalam dan sekitar gereja berdekatan.

Sesi gotong-royong tersebut bertujuan untuk memberikan suasana yang bersih dan selesa kepada pengguna gereja tersebut.

Lokasi: Sarawak

Kategori: Komuniti

SK St. Michael

Tentang Organisasi

Kempen Kesedaran Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran Bersama SK Tabuan

Persatuan Ibu Bapa Guru SK Tabuan dan Yayasan AMIR akan mengadakan kempen pememupukan kesedaran dalam kalangan pelajar terhadap keselamatan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak akan diundang khas ke sekolah untuk berkongsi tentang kepentingan pelan menyelamatkan diri dan amalan terbaik yang lain.

Pelajar juga akan dapat menyaksikan anggota bomba melakukan demonstrasi pemadaman kebakaran dan mempelajari cara penggunaan hos bomba dan alat pemadam kebakaran yang lain.

Lokasi: Sarawak

Kategori: Pendidikan

SK Tabuan

Tentang Organisasi

Melawat Rumah Orang Tua bersama SK Tanjung Lumpur

SK Tanjung Lumpur dan Yayasan AMIR akan menganjurkan program lawatan ke rumah orang tua di Cempaka pada Hari Hasanah.

Seramai 23 orang pelajar dan 10 orang guru akan terlibat dalam inisiatif ini.

Semasa lawatan tersebut, mereka akan membantu membersihkan halaman dan kawasan lain di rumah tersebut selain menghulurkan sumbangan berupa hamper barangan keperluan harian penghuni kediaman.

Lokasi: Pahang

Kategori: Komuniti

SK Tanjung Lumpur

Tentang Organisasi

Gotong-royong Bersama SK Tanjung Tuan

SK Tanjung Tuan dan Yayasan AMIR akan bekerjasama menganjurkan aktiviti gotong-royong di masjid komuniti setempat.

Sesi gotong-royong tersebut bertujuan untuk menyediakan suasana yang bersih dan selesa kepada pengguna masjid tersebut.

Lokasi: Sarawak

Kategori: Komuniti

SK Tanjung Tuan

Tentang Organisasi

Sambutan Hari Ceria di SK Seri Sinaran

SM Agama Bugisiah akan menganjurkan pelbagai aktiviti bersama-sama dengan sekolah angkatnya iaitu SK Seri Sinaran.

Selain memberi sumbangan alat bantu mengajar (ABM) dan buku terpakai kepada perpustakaan mini di kawasan kampung, kelas Bahasa Arab yang dikendalikan oleh Kumpulan Suara pelajar, kelas tarannum Al Qur’an dan perkongsian tentang kaedah dan pedagogi pengajaran dan pembelajaran akan turut diadakan secara percuma.

Jualan seni khat yang dihasilkan oleh pelajar akan turut diadakan pada hari tersebut.

Aktiviti lain yang telah dirancang termasuklah pembersihan kawasan masjid, madrasah dan tanah perkuburan di Tampok.

Lokasi: Johor

Kategori: Pendidikan

SM Agama Bugisiah

Tentang Organisasi

Memberikan sumbangan kepada komuniti di SMK Ayer Lanas

Dua guru dan 15 pelajar dari SMK Ayer Lanas dan Yayasan AMIR akan melawat sebuah hospital di Jeli.

Matlamat lawatan ini adalah untuk membolehkan pelajar mendapatkan kefahaman yang lebih baik tentang komuniti dan menjalin hubungan dengan masyarakat di sekeliling mereka.

Semasa lawatan, peserta juga akan menghadiahkan 15 buah hamper kepada para pesakit.

Lokasi: Kelantan

Kategori: Komuniti

SMK Ayer Lanas

Tentang Organisasi

Gotong-royong di SMK Cochrane

SMK Cochrane dan Yayasan AMIR akan menganjurkan aktiviti gotong- royong bersempena dengan Hari Hasanah.

Peserta akan bersama-sama membersihkan kawasan sekolah dan akan memberikan wajah segar kepada dinding sekolah dengan kemasan cat baharu.

Location: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

SMK Cochrane

Tentang Organisasi

Mengagihkan Daging Korban kepada Warga Miskin bersama SMK Jeli

SMK Jeli dan Yayasan AMIR akan bersama-sama mengagihkan daging korban semasa Hari Raya Aidiladha kepada masyarakat orang asli di Kampung Sungai Rual, Kelantan.

Inisiatif ini akan melibatkan seramai 20 orang guru dan 50 orang pelajar yang akan meluangkan masa dan tenaga mereka untuk membantu masyarakat orang asli.

Lokasi: Kelantan

Kategori: Komuniti

SMK Jeli

Tentang Organisasi

Menceriakan wajah SMK Pengkalan Berangan

SMK Pengkalan Berangan, bersama Yayasan AMIR akan mengecat semula dinding-dinding sekolah. Matlamat aktiviti ini adalah untuk memberikan wajah baharu kepada kawasan sekolah.

Lokasi: Terengganu

Kategori: Komuniti

SMK Pengkalan Berangan

Tentang Organisasi

Mempamerkan Perhatian dan Menzahirkan Keprihatinan kepada Warga Tua

Kira-kira 40 pelajar dan 5 guru daripada SMK Permatang Tok Labu dan Yayasan AMIR akan melakukan lawatan ke rumah warga tua di Darul Hanan.

Selain menyumbang barangan keperluan harian, aktiviti yang dirancang termasuk sesi gotong- royong dan penyediaan jamuan untuk warga tua.

Lokasi: Pulau Pinang

Kategori: Komuniti

SMK Permatang Tok Labu

Tentang Organisasi

Majlis Ibadah Korban Bersama SMK Seri Setia

SMK Seri Setia dan Yayasan AMIR akan menganjurkan Majlis Ibadah Korban bersama-sama dengan masyarakat setempat, guru sekolah SMK Seri Setia dan anak-anak yatim dari Baitulruhmah.

Pelbagai aktiviti telah dirancang termasuk acara korban, agihan daging korban dan memasak untuk menyediakan juadah buat masyarakat setempat.

Lokasi: Sarawak

Kategori: Komuniti

SMK Seri Setia

Tentang Organisasi

Berbudi Kepada Masyarakat Bersama SMK Sungai Maong

SMK Sungai Maong dan Yayasan AMIR akan bersama-sama mengagihkan daging korban kepada mereka yang memerlukan dan anak-anak yatim di kawasan sekitar.

Peserta juga berpeluang meluangkan masa dan tenaga untuk memasak bersama-sama dan berkongsi juadah pada hari tersebut.

Selain itu, sumbangan barangan keperluan harian akan diberikan kepada golongan miskin.

Lokasi: Sarawak

Kategori: Komuniti

SMK Sungai Maong

Tentang Organisasi

Gotong-royong di SMK Taman Sejahtera

SMK Taman Sejahtera dan Yayasan AMIR akan menganjurkan aktiviti gotong-royong di kawasan sekolah pada Hari Hasanah.

Di samping itu, suatu pameran tentang Ground Up School Transformation (GUSTO) bakal dianjurkan bagi membolehkan komuniti setempat mendapatkan maklumat tentang projek yang menyasarkan transformasi dan pembinaan budaya kecemerlangan di sekolah.

Lokasi: Pulau Pinang

Kategori: Komuniti

SMK Taman Sejahtera

Tentang Organisasi

Gotong-royong di SMK Tanjong Lumpur

SMK Tanjong Lumpur dan Yayasan AMIR akan membersihkan perkarangan Surau untuk menyediakan persekitaran yang bersih dan selesa untuk pelawat.

Sukarelawan juga akan berkebun di flat di Kampung Pak Mahat untuk mencantikkan kawasan itu.

Lokasi: Pahang

Kategori: Komuniti

SMK Tanjong Lumpur

Tentang Organisasi

Membantu Pembentukan Idea bagi Kertas Cadangan Kajian Pelajar

Felo daripada Teach for Malaysia Foundation akan melaksanakan Fasa 2 projek Kickstart bersama dengan pelajar daripada beberapa buah sekolah. Sukarelawan dialu-alukan untuk turut serta bagi memberikan perspektif baharu bagi membantu pelajar mencetuskan idea dan menerbitkan kertas cadangan mereka.

Dalam Fasa 1, pelajar belajar tentang bagaimana mengenal pasti isu-isu yang relevan dalam masyarakat, menguasai kaedah penyelidikan yang tepat, sebelum mengemukakan idea tentang cara menangani isu-isu ini.

Projek Kickstart merupakan siri bengkel yang disasarkan untuk membangunkan dan memperkasakan pelajar untuk menjadi pemimpin, di samping menggalakkan mereka memainkan peranan yang aktif di sekolah mereka, dalam masyarakat dan negara kita.

Lokasi: Johor

Kategori: Pendidikan

Teach for Malaysia Foundation

Tentang Organisasi

Meluangkan Masa Berkualiti bersama Warga Tua

Anggota alumni Teach for Malaysia dari SMK Permatang di Tok Labu akan melawat Rumah Warga Tua di Darul Hanan. Mereka akan meluangkan masa berkualiti, sambil mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyeronokkan dan memantau kesejahteraan keseluruhan penghuni Darul Hanan.

Lokasi: Pulau Pinang

Kategori: Komuniti

Teach for Malaysia Foundation

Tentang Organisasi

Mendidik Komuniti PPR Tentang Spesis Pokok Bandar

Sukarelawan daripada TRCRC akan menganjurkan sebuah sesi bersifat pendidikan bersama-sama dengan komuniti PPR tentang cara-cara untuk mengenal pasti pokok bandar.

Aktiviti gotong-royong untuk membersihkan taman komuniti juga akan diadakan pada hari yang sama.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Alam Sekitar

Tropical Rainforest Conservation & Research Centre

Tentang Organisasi

Menjual Beg Bersulam untuk Tujuan Kebajikan

Para ibu kreatif dan berbakat akan menjual beg sulaman tangan mereka sewaktu Hari Hasanah.

Hasil jualan tersebut akan membantu menampung perbelanjaan harian keluarga dan meringankan beban masing-masing.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Umie Aktif

Tentang Organisasi

Memberi Sumbangan kepada Komuniti

Penerima sumbangan di bawah Women of Will akan berganding bahu untuk memberi sumbangan kepada komuniti dengan menggunakan kemahiran memasak dan kemahiran khas lain.

Nasi lemak yang dibuat oleh wanita yang terlibat dalam program ini akan diagihkan kepada penduduk di komuniti terpilih di Kuala Lumpur.

Selain itu, urutan bahu serta perkhidmatan merias kuku tangan dan kaki akan disediakan pada hari itu.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Women of Will

Tentang Organisasi

Berusaha ke Arah Persekitaran Bebas Gangguan dan Diskriminasi Terhadap Wanita

Sebuah reruai oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (Women’s Aid Organisation, WAO) akan diwujudkan untuk wanita yang ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor, pekerja sosial dan/atau peguam.

Mereka akan membantu dengan memberikan nasihat secara menyeluruh terhadap isu-isu yang berkaitan dengan gangguan dan diskriminasi wanita.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Women’s Aid Organisation

Tentang Organisasi

Aktiviti Perkhidmatan Komuniti untuk Orang Asli di Kemensah

Yayasan Chow Kit akan mengadakan aktiviti yang memfokuskan kepada perkhidmatan komuniti di perkampungan orang asli dengan menekankan kepentingan kebersihan umum dan mempertingkatkan kualiti kehidupan mereka.

Beberapa reruai dengan pelbagai aktiviti yang menarik bertemakan kebersihan dan pertahanan diri akan diadakan untuk keluarga-keluarga di perkampungan tersebut.

Lokasi: Selangor

Kategori: Komuniti

Yayasan Chow Kit

Tentang Organisasi

Khidmat Spa oleh Juruterapi Berkemahiran

Juruterapi spa yang berkemahiran yang menerima biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera akan memberikan beberapa khidmat terpilih kepada para pengunjung.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Tentang Organisasi

Amal Kebajikan Untuk Komuniti

Kira-kira 15,000 pemegang biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) berikrar untuk melakukan kebaikan demi memberikan impak yang positif terhadap komuniti di sekeliling mereka.

Lokasi: Akan dikemaskini

Kategori: Komuniti

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Tentang Organisasi

Sesi Pendidikan Bersama Rumah Anak Yatim yang Diselenggarakan Secara Persendirian

Yayasan Sejahtera akan menganjurkan lawatan ke rumah anak yatim di Puchong untuk memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak di sana tentang cara untuk membuat kompos organik mereka sendiri.

Lokasi: Selangor

Kategori: Komuniti

Yayasan Sejahtera

Tentang Organisasi

Sesi Seni Menyeronokkan Bersama Yusof Gajah

Kanak-kanak di komuniti terpilih di Kuala Lumpur akan berpeluang untuk menyertai suatu sesi kesenian bersama Yusof Gajah. Mereka akan belajar tentang seni dalam satu sesi yang menarik dan menyeronokkan.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Seni, Warisan dan Budaya

Yusof Gajah

Tentang Organisasi

Menceriakan Pesakit dan Kakitangan Hospital di Hospital Sungai Buloh

Kakitangan Khazanah Research Institute akan melawat Hospital Sungai Buloh untuk membawakan keceriaan kepada para pesakit menerusi aktiviti menyeronokkan, permainan dan hadiah. Kakitangan hospital akan dibantu melaksanakan kerja-kerja harian mereka sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka selama ini.

Lokasi: Selangor

Kategori: Komuniti

Khazanah Research Institute

Tentang Organisasi

Lunch with Cheshire Home Johor Bahru

Think City, together with Amari Hotel, are organising a pot luck lunch in Cheshire Home Johor Bahru, a place to call home for the disabled in need of care.

Lokasi: Johor Bahru

Kategori: Komuniti

Think City Johor Bahru

Tentang Organisasi

Sesi Gotong-royong di backlane (jalan belakang) RUANG

Think City together with community partners below, are organizing a clean-up of several backlanes in downtown KL. Participating and contributing partners are: Sin Sze Ya temple, Citi foundation, Arena Star Hotel, DBKL, Alam Flora, Geographer Café and Lai Foong Restaurant.

Lokasi: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kategori: Komuniti

Think City KL

Tentang Organisasi

Aktiviti-aktiviti Menarik di Armenian Park

Think City, together with community partners below, are organising a day of fun activities at Armenian Park in George Town, Penang, for children from several orphanages.

Contributing partners are: Masjid Lebuh Acheh, Badan Warisan Lebuh Acheh, Masjid Kapitan Keling, IMCOM, Arts Ed, George Town World Heritage Incorporate (GTWHI), Azmi Husin @ Artist, LocalHouz, Avant Garde Grafik, Permata Green, ZDR Architects, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jawi House, Yayasan Islam Pulau Pinang( YIPP), KDU college ,Mr. Peter Cheah , Chief Minister Incorporate (CMI), Penang Heritage Trust (PHT) , Island Garden, Penang Tour Guide Association(PTGA)

Lokasi: Pulau Pinang

Kategori: Komuniti

Think City Penang

Tentang Organisasi

Meluangkan Masa Bersama Anak-anak Yatim

Yayasan Khazanah akan menganjurkan Hari Tanggungjawab Korporat (CR) tahunan mereka pada 9 September.

Pada tahun ini, anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan At-Taqwa, Puchong Perdana, akan dijemput ke Taman Botani Shah Alam, untuk menyertai program yang telah disediakan.

Lokasi: Selangor

Kategori: Komuniti

Yayasan Khazanah

Tentang Organisasi

Para Pemegang Biasiswa Yayasan Khazanah Di Seluruh Dunia Bersatu Membawa Kebaikan

Yayasan Khazanah akan menggalakkan pemegang biasiswa mereka di seluruh dunia untuk melakukan amal kebajikan pada 3 September.

Lokasi: Antarabangsa

Kategori: Komuniti

Yayasan Khazanah

Tentang Organisasi